Thursday, March 10, 2011

Pengalaman pahit di Pusat Sains Negara

Ini satu aduan yang serius. Pihak yg berkenaan harus ambil serius kes ini. Petikan berikut diambil dari akhbar Harian Metro bertarikh 7 Mac 2011. Saya juga ada anak dan memang berhajat hendak bawa mereka ke Pusat Sains pada cuti sekolah nanti. Jika ini memang terjadi..saya tak maulah bawak mereka kesana. Apa kata anda?

SAYA adalah pembaca setia Harian Metro. Saya bersimpati dengan seorang pengadu baru-baru ini yang terpaksa menunggu seharian untuk urusan yang boleh disiapkan dalam kadar masa tidak sampai sehari di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan akibat maklumat yang disam-paikan tidak konsisten antara pegawai yang bertugas.

Perkara yang sama turut berlaku ke atas saya apabila saya dan anak berusia 3 tahun mengunjungi Pusat Sains Ne-gara pada jam 12.45 tengah hari, 1 Mac 2010 lalu. Ketika sampai, pameran Dinos Alive sedang berlangsung. Saya tidak tahu pun pameran berkenaan dianjurkan dan ti¬dak berniat pun untuk me-lihatnya kerana anak saya takut untuk melihat rupa dinosaur yang besar itu. Tujuan saya hanyalah untuk membawa anak saya bermain di bahagian kanak-kanak di samping melatih perkemba-ngan otak anak saya apabila bermain di situ. Kedatangan saya disambut oleh sukarelawan yang memakai pakaian seragam berlengan panjang warna kuning. Saya memberitahunya bahawa saya hanya ingin masuk bahagian kanak-kanak yang sudah dibuka iaitu Kidz Dis¬covery Place. Dia memberitahu saya bahawa bahagian itu tidak perlu mengambil tiket.

Apabila saya ingin masuk dan melepasi Freshwater Life, dua lelaki yang berperwatakan samseng dan tiada pengenalan diri bertanyakan ti¬ket kepada saya. Mereka berlagak seperti pengawal sedangkan pengawal beruniform ada di bahagian masuk sebelum Freshwater Life tidak menyentuh saya pun. Seorang daripada lelaki itu memakai baju-T dan berseluar pendek 'Hawaii' mana-kala seorang lagi memakai seluar panjang, berbaju-T dan berambut panjang. Saya berpendapat pakaian mereka tidak sesuai di tempat tumpuan awam. Mereka tidak membenarkan saya masuk dan mahu tiket walaupun saya berulang kali memberitahu bahawa tujuan kami datang hanyalah untuk menuju ke bahagian ka-nak-kanak dan memberitahu mereka bahawa kami sudah mendapat kebenaran masuk dari sukarelawan tadi. Tanpa usul periksa, mereka memaksa kami membeli tiket Dinos Alive walaupun ka-nak-kanak tidak perlu mem¬beli tiket kerana baru berusia tiga tahun.

Saya hairan kenapa mereka berdua ini yang pada fikiran saya bukan kakitangan Pusat Sains Negara kerana tidak memakai uniform seperti su¬karelawan tadi boleh menge-luarkan arahan begitu.
Jika diikutkan seperti mak¬lumat yang tertera di kaunter tiket dan kebiasaan saya yang selalu datang ke situ sebelum ini, kanak-kanak yang ber¬usia empat tahun ke bawah tidak perlu membayar tiket.
Pada tiket jelas tertera: 'Free Entry for kid below 4 yearsold;
Sepatutnya, mereka memeriksa MyKid anak saya ter-lebih dulu, tetapi mereka ti¬dak berbuat begitu.
Saya 'penat' untuk berte-gang leher dengan mereka, jadi saya terpaksa membayar tiket Dinos Alive sedangkan saya diberitahu oleh sukare¬lawan tadi bahawa saya tidak perlu beli tiket jika tidak ma¬hu melawat bahagian Dinos Alive itu. Jika tidak beli tiket, saya disuruh balik. Mereka boleh suruh saya bawa anak keluar main di bahagian luar bangunan yang panas tanpa me-mikirkan kesihatan anak saya baru berusia tiga tahun itu.

Cuba bayangkan saya da¬tang memberi sokongan ke¬pada Pusat Sains Negara, tetapi dilayan sebegitu rupa. Jika ingin mencari keuntungan sekalipun janganlah buat begitu kepada rakyat Malaysia yang menyokong anda. Apabila saya datang melawat bermakna saya me¬nyokong pembaharuan yang dibuat Pusat Sains Negara. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku. Cuba bayang¬kan Pusat Sains Negara mempunyai alat-alat yang canggih yang bertaraf kelas pertama untuk diterokai, tetapi sukarelawan tidak bertaraf kelas
BUKAN ORANG ASING Kuala Lumpur

Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar

check this out..u be the judge.. http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=36550&id=146449658735341