Thursday, August 18, 2011

Ustaz Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian

oleh : Ridhuan Tee

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan,
tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya
kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam
negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini,
mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam.
Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada
kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika
dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India , beragama
Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau
yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur ,
mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang
diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan
menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan
oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang
diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak
berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas
tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya
amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi
menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara
berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi
sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum
dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia
sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya
bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru
dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala
platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang
dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan
persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling
Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di
negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan
jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian
dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila
ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu
sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan
bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut
undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu
tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan
kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat
bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti.
Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan
perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka,
seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen
10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang
menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan,
mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan
agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan
kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi
lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa
majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti
(NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak
bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu
berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu,
ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk
mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan
dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir
paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi,
seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia ,
tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan
perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil
terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut.
Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu
tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala
sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8
yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia
seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang
kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di
mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama
sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau
kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau
tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama
persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan
disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama.
Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama
di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika
umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak
senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak
manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika
ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah
tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu
dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna
agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah
agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan
Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja
langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika
berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan
sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita.
Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita.
Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu
dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka.
Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan
nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan,
maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila
kita melarang mereka menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu kerana
bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan
untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia,
Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan
dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh
gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka.
Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti
orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi
orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada
mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam,
mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

No comments:

Post a Comment